Petang raya pertama.. kita balik rumah tokma tokki pula... sebenarmya giliran itu cuma untuk malam raya dan pagi raya pertama... hakikatnya setiap tahun kita beraya di kedua tempat... teori tokki doa supaya anak-anak kahwin dengan orang senegeri membuahkan hasil... katanya kalau kahwin dengan orang senegeri, pasti lebih kerap berjumpa... tokki begitu berkira kerana anaknya tak ramai, bukanlah kerana semangat kenegerian.
Ini gambar Aiz tumpang berlagak depan kereta Ayah Su Mak Su... tapi Aiz pakai selipar jepun ajo...tak sesuai dengan keta, hihi.
Ayah Su, Mak Su nak ikut kita beraya di rumah tokma tokki... Ayah Su rapat juga dengan tokki tokma pasal dah duduk sama dengan kita masa zaman bujangnya.
Raya kedua kita berkunjung ke rumah nenek mama... alhamdulillah dia sihat ... telinga, mata, semua elok lagi...cuma sedikit bongkok, bila diajak ke KL, katanya tahun ini umurnya 100 tahun... tak larat nak jalan jauh. Semoga Allah melanjutkan usia dan memberikan kesihatan yang baik untuknya...dia seorang wanita yang tabah, bila datuk mama meninggal... semesti dia sedih tapi katanya dia perlu kuat untuk hidup... sebab selagi dia hidup, ada doa dan sedekah darinya untuk datuk.
Kat rumah tokma tokki, mama masak spaghetti , hari raya ketiga Kak long, mama Fatma Fahad nak datang.
Fatma dengan Aiz... main slide... budak-budak tak heran sangat bab makan... yang depa heran... orang tua yang tak berhenti-henti makan...hehehe.
Jap lagi nak bawa Fatma pergi tengok rusa, pokok rambutan dan dokong lebat berbuah kat kebun, kebun tokki ada rusa... kesian Fatma nak tengok burung merak tak boleh pasal dah kena curi. Bergambar jap before pergi kebun.
Jom tengok budak bandar kait buah...
Ooo ok dapat jugalah hasilnya..
Bapak budak orang kampung... tak heran panjat pokok. Mak budak orang kampung juga, tapi takut pacat macam tak pernah lihat.. kehkehkeh.
Buah dokong manis...
boleh nampak tak rusa tokki belakang abang Hakim tu?
Rusa ni binatang liar... bila nampak orang, terus tak keruan ... susah ler nak snap gambarnya.
Berbaloi ... Fatma suka makan buah rupanya.
Berlagak dengan hasil kutipan sendiri....
Berlagak dengan hasil kutipan orang lain.. muahaha.
Petang itu juga kita balik rumah mek semula...
Raya keempat kita jalan-jalan kat rumah kekawan mama papa pula.
Kalau berkesempatan kita pasti ke rumah Uncle and aunty Noor. Nama mereka sama... Noor and Nor. Mama memang ralit kalau pergi rumah mereka... asyik tengok hasil lukisan uncle Mohammad Noor... jom kita tengok hasil tangkapan gambar malu-malu... kununnya ambil gambar anak walhal... hehehe
Ini gambar lukisan kat main hall abang Rizq lah..
Ini gambar lukisan kat second living room kak Dhia lah... hihi
Cantikkan... bulan ini , En Muhammad Noor akan buat exhibition 100 lebih lukisan series asma al husna seperti di belakang Dhia tu , di Kuantan... kalau kat KL atau Selangor... kami pasti pergi. Last exhibition kat KL masa baru lahirkan si Dhia... 12 years ago.
Orang seni... bukan sajer lukisannya cantik... rumahnya pun cantik...baik di dalam...
mahupun di luar...
Bestnya...tompang seronok. Cantik lukisan tu mesti mahal kan..
ReplyDelete