Monday, 3 February 2014

Sakit mata di Madinah.

Mata berkaca di KLIA
Sebak meninggalkan mereka
Almaklum ratu air mata
Rasa 2 minggu itu lama

Walhal mereka rileks aje
Cukuplah dengan umpan nak beli egg chocolate
Daneen tanya mama dah letak ubat ke?
Dia kira saya juga sakit mata

Naik Etihad ada transit
Kalau direct tambang mahal sikit
Pengalaman pertama, don't know what to expect
Tak apelah boleh kenal Abu Dhabi Airport

Dari Abu Dhabi ke Jeddah
Setiap kali atas kapal terbang riuh
Tempat duduk jauh
Antara isteri, suami, anak, ibu dan ayah
Semua terpisah
Kecoh..kecoh...kecoh

Mungkin cabaran baru bermula
Pesan ibu mertua
Banyak bersabar
Mulut jangan celupar
Berani lawan, nanti kena leter
Hehehe...


Cabaran kedua di Jeddah Airport
Beratur panjang periksa passport
Makin lama makin panjang
Panjang di depan bukan di belakang


Selesai urusan agak lewat
naik bas ke Madinah kita berangkat
Bermula perjalanan kita melihat-lihat
Muka bumi Arab yang jauh beza
Padang pasir dan bukit berbatu bata
Luas saujana mata
Semuanya seakan sama




Bila begitu keadaannya
Badan pun penat, terlelaplah mata
Bila bas berenti baru nak jaga


Rupanya berenti untuk menjamah selera
Nasi arab memang kena dgn citarasa


Sedulang  makan berempat tapi kita makan bertiga
Yang pelik boleh habis licin juga
Hehehe....


Sampai sudah kota Madinah
Tempat berhijrah
Rasulullah (s.a.w)


Hotel berhampiran masjid Nabawi
Maka kita lalu perkuburan Baqi
Disini sebahagian keluarga dan sahabat Rasul bersemadi.


Hotel kita di Madinah, Durrat Taba...khabarnya dalam 100m ke masjid.


Ini pandangan dari tingkap, dikelilingi hotel-hotel lain, tak nampak masjid dari arah ini.

Magrib solat pertama di Masjid Nabawi
Rugi kalau tak pergi
Seribu ganjaran pahala dijanji
 Tak sempat berehat tapi sempatlah mandi 
dan call family
Dengan prepaid Mobily 
yang baru beli.

Tidur awal nak bangkit sebelum subuh
Sekarang penghujung musim sejuk, dingin sungguh pagi di Madinah
Sudah 24 jam disini, tapi kenapa mata masih merah?
Ahhh memang sah...
Sakit mata sudah.



2 comments:

  1. Assalam. Selamat menunaikan umrah. Semoga selamat pergi dan balik.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...dah selamat pulang...tq.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...