Friday, 28 February 2014

Kek Butter Rainbow

Assalammualaikum! 

Hi Eynda... thanks for following citer mak-mak akak ye...
Tq juga utk Ana Suzana yang letak blog akak dalam reading list dia... makanya ramai visitors datangnya dari situ... tq tq tq... 

Tq juga untuk semua yang sudi singgah... semua followers/sahabat... ma kacihlah ye...nanti datanglah lagi. 




Budak bertiga ni  request saya buat kek...sebaik balik umrah
Hok aloh malah sungguh...
2 minggu makan orang siapkan
Tak payah fikir nak makan apa...tinggal makan je.
Tak rindu sikit pun nak masuk dapur... ehs ehs...hehehe


Tapi tak sampai hatilah pulak nak say no

Okaylah...okaylah!
Jom buat kek butter

Boleh pulak Daneen cakap ...
Tak nak kek butter ... kek butter tak best
Eiiii budak ni kan...

Aiz pula minta kek ultraman
Lagi parah!
Macam terrer mak dia nak buat tu...

Tapi one thing...
Mak dia terrer bab-bab cari jalan keluar

Okay jom buat kek butter rainbow
Haa semua setuju ...
Macam menarik jer ada perkataan rainbow tu
Hihihi

Meh tengok camne rupa kek butter rainbow


Kaedahnya.. rainbow lah sangat
Kek butter taruk kaler...hahaha

Tak kisahlah kan asal sedap...


Saya suka guna loyang besar nak bagi tepi besar...
Sebab saya suka makan tang tepi yang berkerak hangus tu
Kaedahnya sapa yang makan banyak ni?...huhuhu


Derang sibuklah memasing nak tolong...
Terpaksalah saya tambah procedures
Yang sorang tukang kacau tepung ...
Yang sorang tu pulak tukang pegang telur
Dan macam biasa...yang kecik tengah tu tukang parabih hiasan gula ...


Saya biasa kurang confident nak buat kek kalau tak de 
self raising flour
Tapi kan budak dah mengamuk... saya buat juga pakai tepung gandum biasa... abang Rizq ada beli soda bicarbonate and baking powder pasal dia suka buat waffle...guna saki baki duit belanja sekolah....bagus anak bujang mama.. cam ni leh tambah duit saku... hehehe.

Saya bukan apa... takut tersalah sukat...saya kan jenis campak-campak
Nasib baiklah  kek naik ok

Resepi yang dibegar sikit-sikit :-

 Rainbow Butter Cake

250 gm butter 
4 biji telur
1 cawan gula 
( saya letak tak penuh)
2 cawan tepung gandum
2 s/b susu pekat manis
2 s/b full cream milk
2s/b air suam
1 s/k baking powder
1/2 s/k soda bicarbonate
1 s/k vanilla essence. 

Caranya...sama macam kek butter biasa...asingkan adunan untuk letak kaler-kaler block kesukaan anda...


Dah kenyang barulah boleh senyum...selamat berhujung minggu semua...taaa...


Wednesday, 26 February 2014

Back with egg chocolates....



Oh yes we were home lama sudah...


On the way to Airport we had lunch at Masjid Terapung 



Masjid ni letaknya di  pinggir Laut Merah...
Di Laut Merahlah Firaun perintah bayi lelaki dibuang
Dan laut ini juga yang dibelah untuk tenggelamkan Firaun 

Remember our promise...
Nak beli the kids egg chocolate
Usaha juga cari kat supermarket


Nasib baiklah ada
Kalau tak... tak tau nak jawab kalo kena tanya..
Common answer would be... sori mama lupa
Mesti alasan itu tidak diterima...
Pasal dah selalu sangat guna
Hahaha



Herm puaslah mama pujuk suruh try jubah
Egg chocolate lagi happening dari jubah
Budak-budak gitew lah kaedah...


Saturday, 22 February 2014

Ziarah dan Tahlil


Mr H cakap saya ni asyik berpantun je
Boleh masuk categori pantun ker? Hehehe
So today saya tunjuk gambar je ye..
Boleh caya ke?

First kita pergi tengok unta...


Depa kata unta ni pemalu
Saya rasa saya lagi pemalu
Sebab saya yang lari bila dia nak dekat,
Hehehe.
MIL excited sangat 
Beli 4 botol susu unta nak buat ubat


Lepas tu kita pergi muzium..refresh sikit yang belajar dulu-dulu
Ini quran tulis tangan... wah hebat tu!


Mr H ni buat2 tak tahu ...
Dia kata wah ramainya adik-beradik Siti Khadijah..
Ehs ehs... sajer lah tu...
 nak cari ai marah.


Mc D....


Nasi Padang ka?


Lepas tu bermiqat di Jamranah
Untuk sekali lagi umrah


Gambar pintu kaabah...di penjuru sebelum pintu  itulah letaknya Hajaratul Aswad... batu dari syurga


Inilah tempat permulaan tawaf.. di penjuru 
Hajaratul Aswad, 
ditanda dengan lampu hijau
Di sini kita istilam, lambai tangan dan isyarat kucup
Hajaratul Aswad


Ini pula lampu hijau kat tempat saei
Sepanjangnya, lelaki disunatkan berlari anak


Inilah dia corong emas...untuk tadahan air hujan
Antara tempat doa mustajab


Hotel Zam Zam... dan pusat membeli belah yang mewah..


Kat situlah ada restoran D'Saji ...sekeping roti canai harganya 6 rial.


Setiap kali masuk waktu sembahyang... kedai akan ditutup.


Dan semua orang akan berjalan ke Masjidil Haram untul berjemaah.


Ini dalam Masjidil Haram.... kalau lambat
Penuhlah ruang... alamat
Sembahyanglah di perkarangan
Atau lebih teruk sembahyanglah atas jalan.


One of the nights ada program di Jabal Nur... di bukit inilah terletak Gua Hirak ....itu gambar senja on the way ke situ.


Kita ada tahlil... dan ada juga yang nak buat aqiqah...


Wah kita dinner speciallah malam tu..


Ada kambing mandy, ada baklava yang sangat sedap... dan macam-macam buah.


Pada ziarah yang berikutnya... kita dibawa ke Jabal Tsur...
Tempat Rasulullah dan sahabatnya Abu Bakar berlindung dari ancaman bunuh.
Tinggi kan Jabar Tsur....
Bagaimanalah Asma yang sarat mengandung ulang alik bawa makanan untuk Rasulullah dan ayahandanya?


Ini pulak Jabal al Rahmah... tempat pertemuan Nabi Adam dengan Hawa setelah sekian lama terpisah....
Kat sini orang doa minta jodoh.... aiiik!... my MIL tu senyum jer.... minta jodoh baru ker?  Hehehe


Kita juga dibawa ke Muzdalifah, tempat jemaah bermalam setelah sampai dari wukuf di Arafat


Ini pula di Mina dimana Jemaah haji akan melakukan ibadat melontar.

Ya Allah panjangkan usia kami dan berikan kesihatan yang baik serta murahkan rezeki untuk kami mengerjakan haji pula...amin ya Rabal alamin...

Tuesday, 18 February 2014

Rezeki di Mekah..


Setelah 5 hari di Madinah
kita bergerak ke Mekah
melakukan ibadat pertama umrah
Dengan perasaan yang gundah

Dapatkah rezeki umrah?
kita kira waktu kecederaan tersalah
Hok aloh mungkin uzur  di Mekah
takut uzur dari awal sampai ke sudah
berdoa sungguh-sungguh
nak sangat tengok kaabah

Pagi itu kita mandi sunat ihram
beg dah siap pack dari semalam
ziarah widak tak dapat nak ke makam
mohon dapat kesini lagi,kita doa dalam-dalam

Ada kawan yang bertanya apa perasaan nak buat umrah?
ada rasa teruja, tapi rasa juga gerun dan gemuruh
mari kita tengok doa masuk kota Mekah

Ya Allah, kota ini adalah Tanah Haram-Mu
dan tempat yang aman. Maka hindarkanlah dagingku, darahku, rambutku dan kulitku dari neraka. Amankanlah aku dari siksa-Mu pada hari Engkau membangkitkan kembali hamba-hamba-Mu.Masukkanlah aku ke dalam golongan wali-wali-Mu
dan ahli tha'at pada-Mu.
Aamin.

Doa memohon keselamatan dihari perhitungan
secara peribadi,begitulah perasaan
ibaratkan berada dihari pembalasan
        

Kita bermiqat di Bir Ali
ramainya orang disini
Nasib baik dah solat sunat ihram di Masjid Nabawi
Masa itu baru faham kenapa ustaz syorkan bawa spray air sendiri
rupanya mudahkan urusan wuduk bila sesak begini

        Kita teruskan perjalanan ke Mekah Mukarammah
sambil mengalunkan talbiah
sambil mendengar tazkirah 



berhenti lagi untuk makan dan solat jamak
bersambung lagi labaikallah hummalabaik
sehinggalah menjelang 11 malam jam berdetik
barulah bas berhenti bergerak


Beginilah rupa hotel tempat duduk
disini yang penting bukan berapa bintang, tapi berapa jarak

Sesudah itu kita berkumpul untuk ke Masjidil haram
menyempurnakan umrah, secepat mungkin mahu keluar dari ihram
takut tak terjaga pantang larang, nanti kena bayar dam.


Tak dapat nak gambarkan saat melihat kali pertama
indah Masjidil Haram tidak terkata   



Masih ramai orang walhal pukul satu pagi


Selesai tawaf, kita ke Bukit Safa untuk Saei
kita jalan ulang alik tujuh kali
3.5km tidaklah berat jika diamati
dan banding dengan Siti Hajar yang mencari
air untuk puteranya Ismael, berjalan kaki
dari Bukit Safa ke Bukit Marwah di bawah terik matahari


Selesai Saei pukul 3 pagi
Lalu kita bertahalol, memotong rambut beberapa helai


Alhamdulillah...
dapatlah rezeki buat umrah
rasa happy tak boleh nak cakap
 reward diri beli ais krim mangga yang sangat sedap.


Wednesday, 12 February 2014

Sukarnya Jalan ke Syurga



Terima kasih kepada sahabat baru dan lama yang sudi singgah
Kita sambung cerita ceriti umrah

 
Di bawah kubah hijau Masjid Nabawi
terletaklah Raudhah dan Makam Nabi
tempat semua orang hendak pergi
kerana doa mustajab disini

Raudhah adalah taman-taman Syurga
antara rumah Rasulullah dengan mimbarnya
Ada yang kata
kelak kawasan Raudhah akan diangkat ke Syurga
menjadi taman yang mana
di bawah mimbar itu terletaknya kolam untuk baginda.


Ini adalah bahagian dalam Masjid Nabawi
Indah berhias tiang seri


Ini pula perkarangan tempat menunggu giliran ke Raudhah
Yang masih jauh....

 Muslimat mempunyai jadual waktu untuk ke Raudhah
terhad cuma selepas Isya, Zohor dan Subuh
bergerak mengikut kumpulan yang diarah
disuruh duduk, kita duduk, bila bangun berebut riuh rendah



Lama kita disitu menanti
dari malam yang muda hingga menyapa pagi
sempat melihat payung yang terbuka ditutup rapi
harapan ke Raudhah melanggit tinggi  


Opps sori tengok yang senget-senget
sebab saya malas nak edit
saya rasa payung ini amat hebat
bila tahu perekanya dari Malaysia, rasa bangga sangat-sangat

Sakit mata tak apa
subang hilang tak apa
tapi bila ke Raudhah...saya rasa
sukarnya jalan ke syurga
walaupun syurga ini masih ada di dunia
Saya rasa saya banyak dosa
nanti di Padang Masyar macamana?

Saya tidak pasti bila sampai ke Raudhah
manusia terlampau ramai, ruang terlampau penuh
saya cari karpet hijau, terpaksa angkat kaki sebelah
untuk lihat, lalu saya terjatuh rebah
mujur dibantu, nak bangun sendiri memang susah.

Dalam keadaan yang penuh sesak, himpit menghimpit 
ada rezeki untuk saya solat
banyak sungguh hajat
Nak doa semua tidak sempat

Terasa diri sangat kerdil dan hina
doa apalah yang selebih layak selain Allah ampunkan dosa
di saat itu datang lintasan entah dari mana
yang pasti bukan dari minda
serasa bukan dari hati... ia bertanya
bukankah Allah menguji orang yang disayangiNya?
lalu hati menjadi tenang dan minda
berhenti berprasangka
cuma meminta
janganlah diuji dengan ujian yang tidak mampu menanggungnya.

Untuk peringatan diri sendiri...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...