Friday, 6 May 2016

Roti Jala

Tok Ma tempah roti jala nak sambut kita balik..
Begitulah seronoknya orang tua bila anak-anak nak balik.  

Tok Ma buat kuah durian untuk dimakan bersama roti jala. Kuah kari pun dia nak buat juga tapi saya tak bagi. Cukuplah makan dengan kuah durian aje.

Rupanya first time Abang Rizq makan roti jala dengan kuah durian... suka sangat, sedap katanya... selama ni makan dengan kari , dia taklah suka sangat.


Kalau anak suka makan... kita pun mula gatal tangan nak buat sendiri kan...he he

Abang saya cakap sambil mengusik,tak payahlah semua benda nak buat sendiri. .. bagilah rezeki kat orang lain juga.Time rajin kita buatlah... time malas kita belilah kan ...hehe.

Sekali-sakala nak juga bagi anak makan hasil air tangan kita... biar dia teringat-ingat kat kita selalu :-)


Ok mari kita kongsi resepi

3 cawan tepung gandum
3 cawan air
3 sudu mkn minyak
3 sudu mkn susu tepung
1 biji telur
Secubit garam 
Sedikit pewarna kuning

Bancuh kesemua bahan... taruk dalam botol dan masak. Saya pakai kuali non stick so tak perlu letak minyak ketika nak masak. 



Roti jala ni lembut dan sedap dimakan begitu saja...si Daneen dan Aiz dah habis sepinggan minta tambah lagi... mereka makan cicah gula je sebab durian tak ada pula nak buat kuah.

Selamat mencuba dan berhari minggu.

2 comments:

  1. you bring back my seeet memory of my arwah mak yang sanggup masak apa saja utk anak-anaknya bila balik bercuti... APA SAJA.
    Sobsobsob

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...