Sunday, 12 June 2016

Marvel Heroes Birthday for Aiz

Balik dari Batam ... kena buat Party untuk Aiz... bukan sebab Aiz minta tapi sebab dah beli barang-barang party ni kat Perth hari tu ... Hehehuhu nak gelak ke nak nangis tak tahulah.


Bila tanya Aiz ... nak apa untuk birthday?... dia nak gi toys r us ... dia dah cakap kan masa birthday Daneen hari tu... tapi mama yang degil ehehe.


Macam biasa cuma jemput kaum keluarga... jadi buat goodies pun untuk anak-anak buah je lah. Comel kan botol air ni? saya beli kat kedai dua ringgit eco ( now dah tak jadi 2 ringgit sebab kena bayar gst ler).


The birthday cake does not need introduction...nampak sangat buat sendiri... sememeh!!!.. tapi biarlah ...kepuasan tu yang penting.. ya dak? I made funfetti cake tapi tak dan nak snap gambar yang dah potong... nampak nau sedapnya kannn .. ekekeh.


Si Aiz masa shopping kat Perth hari tu nampak bekas jelly belly tu punyalah dia seronok... minta belikan sebab dia duk tengok kat youtube...beli bekas tu okay... yang tak okay duk kena beli jelly beans sokmo.


Then saya buatkan sugar cookies ni, ikut resepi kat pinterest yang guna gula icing bancuh dengan susu ... haa inilah hasilnya... senang nak buat tapi rasanya memang macam makan gula. Saya lebih suka rasa yang resepi pakai putih telur. Apa pun memang both manislah ... Hok sebetulnya sugar cookies lebih cantik dari sedap.... memang tak leh lawan semperitlah. 


Saya buat oreo truffles juga. Truffles ni saya buat malam sebelum party.. punyalah suspen.. takut bangun esok, tak de dalam peti ais. 


Truffles ni nak buatnya tak susah... blend oreo sampai halus, masukkan cream cheese, gentel bulat, sejukkan dan celup dalam chocolate yang dicairkan. 


Balance chocolate tu saya celup pula wafer ni.


Lama tak buat beldo a.k.a agar-agar a.k.a jelly. 


Ini pula main menu... roti jala, kari ayam, kuah durian, meatball, macaroni dan chicken wings.


Dari roti jala ke macaroni semua buat sendiri... err kuah kari jer bibik buat.


Chicken wings tu last minutes Mr H suruh buat... macam biasa ...kes takut tak cukup.


Yang ini Mr H yang buat... dibawah tunjuk ajar sifu.


Dan kek lapis dari Batam .. ado laiee...




Apo lah yang nak di kato tuu...usah duk risau makanan banyak laiee...boleh tapau kot...



Budak-budak bukan makan banyak pun...depa lebih suka tiup buih...


Hadiah untuk Aiz pun beli di Perth ... usaha sorok dalam lugagge lepas tu berpindah masuk dalam stor..gigih mama dan papa nak suprisekan Aiz.


Kami duk imagine mesti dia suka habis dengan hadiah dia ni ... besar kot buzz ni. Sekali dia kata " I want big aeroplane!!". Hampeh betul ...hihi lain kali tak payah ler beli awal-awal ... minat boleh berubah, benda yang dia minta hari ni ... belum tentu menjadi pujaan  esoknya. 


Apa pun mama dan papa yakin ko happy jugak kan kan... Hihi. Selamat hari jadi yang ke 6 my baby... you are growing so fast.. tengok gigi kekal pun dah tumbuh 2. Semoga membesar menjadi anak yang soleh dan bersyukur!( nasib baiklah baru enam tahun... :-)) huhu... 


Begitulah ceritanya birthday si Aiz ... yang seperti lebih sudu dari kuah ...siapa yang suruh kannn... semua nak buat...akhirnya seminggu sakit urat... demi senyummu... senyum ajalah ... tak perlu kata apa-apa. 

2 comments:

  1. happy birthday Aiz. Moga menjadi anak soleh yang berjaya di dunia & akhirat.. Ameen

    Eerrr.. Meatball tu IKEA ke atau u gentel sendiri? Nampak sangat wow!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aiz said tq for the doa ... Aamiin.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...