Labels

Wednesday 1 January 2014

2014...datang, mari kita berkasih sayang...sayang banyak-banyak.


Assalammualaikum! 

Selamat tahun baru semua
Semoga tahun ini kita tenang, senang..lebih bahagia.

Hari terakhir 2013...
Keluh seorang teman... cepatnya masa 
Setiap hari semakin berusia
 Lalu saya berkata
Untuk dia
Dan untuk saya

Usah dikesal hari yang berlalu
Kita tidak boleh hentikan waktu
Kalau berhenti 
maknanya mati

Asyik berfikir masa yang pergi
Terlupa bekal untuk diri
Jangan kita bazirkan masa
Jangan jadi sia-sia

Setiap hari jadikan bermakna
Setiap hari kita bahagia
Tapi bagaimana?

Mari kita mengenal hati
Berdikit mendidik setiap hari
Untuk mendapat hati berkualiti

Banyak-banyak memberi
Ikhlaskan diri
Ikhlaskan hati

Kalau kurang duit
Berilah keringat

Sayang menyayangi
Kasih mengasihi

Tiada yang lebih bererti
Dari hidup disayangi
Dimanjai dan dihargai
Kalau dia bahagia
Saya bahagia



Sewaktu bibik tiada
Mereka volunteer buat ini
Wahh sangat berbangga
Harap-harap semua ini
Dibuat atas dasar sayang menyayangi
Tolong mama ikhlas sebab sayang mama
Memang mama ada suruh, tapi bukan paksa
Walau seperti jadual, hangatnya cuma dua hari
Hari- hari kita masih normal walau bibik tak ada

Untuk itu mama berterima kasih
Bangun pagi sediakan lauk pauk menjadi mudah
Cook with love kata omputih


Masak yang simple-simple.


Ayam tomato kegemaran Ayra dan Dhia.


Mee melayu...


Tenggiri goreng yang sedap. Taruk sos tiram satu sudu besar... terus yum yum yum.


Nasi dan ayam goreng ...ermm lapar pulak tengok.


Ini favourite Abg Rizq... kalau masak ikan kicap, mama mesti teringat Ayah Long... dulu masa kecil, arwah ma selalu masak... ini lauk favourite mama juga... bila arwah ma meninggal, inilah satu-satu lauk yang mama tahu masak sebab pernah intai ma masak. Arwah ma meninggal masa mama umur 12 tahun, mama tak pernah masuk dapur, tapi bila ma dah tak ada... mama cuba-cuba masak... setiap kali masak, masak ikan kicap jer lah hehe. Suatu hari Ayah long tegur... asyik makan ikan kicap jer. Mama pun cuba pula masak lauk lain... ikan goreng, sayur lemak... lauk yang simple-simple.  Baru after few times... ayah long requested mama masak ikan kicap... dia cakap dia rindu nak makan, ikan kicap mama sedap.


Sempat buat scramble egg for breakfast.


Budak-budak tak  suka makan sardin,  tapi kalo taruk mayonis macam ni suka pulak.


Ayam masak kurma on the first day bibik cuti... then the lauk were getting simpler each day.... hahaha. 


Kurma ayam sangat sedap makan dengan sambal tok ma... mama minta tok ma kirim..kata tok ma, tok ki first time tolong tok ma buang tangkai cili 2 kilo... tok ki bertabah memenuhi permintaan anak nak makan sambal tok ma... sayang tok ki tok ma. Ini sambal kasih sayang namanya.


Alhamdulillah bibik sudah pun balik ke rumah kita... bibik tak ada banyak duit untuk beli buah tangan untuk kita... tapi dia bersusah-susah dan berkeringat buatkan kerepek dan kekacang untuk bawa ke Malaysia... semua itu kerana ada kasih sayang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...