Labels

Wednesday 25 June 2014

Doa buat adik Muhammad Firdaus

 
Assalamualaikum...
 
Saya ada banyak cerita yang nak diceritakan...
 
Cerita syok sendiri tentang diri dan keluarga, cerita makan-makan...
 
tapi sekarang ini, serasa tidak tertulis oleh tangan
 
tidak sampai hati untuk diletak gambar makanan
 buat tatapan...
 
memikirkan ada anak yang kebuluran
 
tangisan yang tidak kedengaran
 
kasih sayang yang dikatakan,
 
tidak dirasakan.
 


Tidak dapat digambarkan peritmu
 
apa yang berlaku?
 
mengapa begitu nasibmu?
 
tiada siapa dapat menyelami hati ibu itu
 
masalah apa sehingga gamak membiarmu?
 
seorang yang waras tidak mungkin begitu
 
 
mereka berkata tiada penderaan
tapi...
 
kelaparan itu suatu kesakitan
 
kesakitan itu bukankah penyeksaan?
 
penyeksaan itu bukankan penderaan...?
 
Persoalan mungkin hanya tinggal persoalan
 
Mata merah menangis semalaman
 
cuma  dengan hanya menyelami penderitaan
 
Tapi apalah faedah yang saya lakukan?
 
bukanlah saya untuk memaki hamun,
 
hanya menyerlah sikap buruk, bukannya mendatangkan kebaikan
 
saya tidak mahu lagi menangis
 
sekurangnya bertekad untuk lebih prihatin
 
dan berdoa untukmu adik Firdaus...
 
agar dikau sihat dan bahagia di dunia yang penuh ujian.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 


6 comments:

  1. Assalamualaikum...salam perkenalan dari saya...sy sukeeee baca blog awk...tol kisah budak kecil ni byk menyedarkan kita....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumulasam...Suffiah, selamat menyambut Ramadhan...terima kasih sudi baca blog saya...puasa kali ini kita lebih bertabah bila kenangkan adik Firdaus.

      Delete
  2. semoga yg terbaik buat insan yg istimewa ini

    ReplyDelete
  3. sedih kan...
    mana perginya 'kita' selama ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'Kita' sudah menjadi...kekitaan dan pentingkan diri sendiri sahaja.. ..petai buat sahur...last long sampai berbuka (baunya)...selamat berpuasa:-)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...