Friday, 9 January 2015

Resepi nasi kerabu tokma

Kak long ( mama fatma) minta resepi nasi kerabu...err mak lang selalunya beli aje nasi kerabu...ngehngeh. So masa balik kampung minta tokma masakkan... nasi kerabu tokma sangat sedap, digemari oleh cucu-cucunya yang tak berapa suka nasi kerabu beli.

Jom tengok bahan-bahannya



ini semua kupas no..

macam stok seminggu kat rumah saya...hehehe


Ini pulak ikan rebus... rebus dengan garam dan asam keping... boleh pakai ikan kembung...ikan sardin pun boleh.


serai di mayang untuk di kisar bersama bawang...separuh untuk sambal ikan, separuh lagi untuk sambal kelapa. Bahan yang dalam pinggan hijau tu untuk sambal ikan, yang dalam mangkuk besar tu untuk kuah tumis dan yang mangkuk kecik putih tu untuk sambal kelapa. Bunga tu pulak untuk nasi.

Ini sambal ikan... goreng tanpa minyak ... taruk garam gula dan serbuk lada hitam secukup rasa.

Sambal kelapa ada dua macam... yang ini sambal kelapa garing... cuma goreng tanpa minyak ...sedikit garam dan gula.


Sambal kelapa basah... goreng tanpa minyak bersama bahan kisar tadi... tambah juga garam gula.



Ini pula sambal tumis, masak bahan tumis dan cili kering.. keringkan air... masuk santan...asam keping, daun limau purut, dan serai ketuk, garam dan gula. Masak sampai naik minyak.


Untuk nasi... ramas bunga untuk dapatkan pewarna.. kalau tak de bunga boleh pakai pewarna biru. Tambah sebatang serai dan daun limau purut. Bila  makan... jangan lupa taruk budu dan sambal lada.


Sebenarnya tok ma buat sambal asing supaya tahan lebih lama. Kalau tak berapa rajin macam tokma.. boleh jer campur sambal kelapa dengan ikan tu. Tengok kita boleh makan seround lagi bila balik ke kl. Saya cuma masak nasi kerabu kuning... i.e tukar bunga dengan sedikit kunyit... hiriskan ulam.. yang lain semua angkut lebihan yang makan kat rumah tokma masa balik kampung tu.


Ini pulak buah kedondong yang dipetik di laman tokki... dah masak pun.. tapi buat juga kedondong asam boi... resultnya sangatlah yummy... berair mulut tatkala menaip.


Ini pun dari laman tokki juga...

2 comments:

  1. Tq sudi share resepi. Memang nampak menyelerakan. Baruuu nk belajar buat nasik kerabu 😂😂

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...