Sunday, 1 March 2015

Homestay di tepi Tasik Krubong Melaka...



Assalamualaikum semua...
Thank you and selamat datang kepada kawan-kawan baru...Aidah..Zaila.. dan lain-lain.
kepada kawan-kawan lama... jangan jemu baca ye...hihi.

Cuba teka kat mana ni?

 





Cantik kan musim luruh kat Melaka...
 Cer teka bilakah musim luruh ini...atau cer teka bila kami pergi Melaka ni?


hehehe.. musim luruh kat Melaka ialah pada bulan Januari ye...sape perut sensitif.. beware ... ini cerita basi!
bukan cerita cuti CNY... cerita hantar Abg Rizq balik sekolah after cuti sekolah hujung tahun.
CNY kita tak kemana pun... nanti kita cerita kat post lain ye...
Hermmm Abg Rizq dah form 5 dah... cepatnya masa... ni mama tengah rindu... ingat abang Rizq balik minggu ni... tapi tak jadi pula...sob sob
 



Si Aiz ni ... panas ceng-ceng pun ... nak juga pakai jaket... nak buat macamana... ikut style Hero Hamada ( Big Hero 6)...layan jer lah...


Dah lama dah berangan nak pekena ikan bakar kat Melaka... kebetulan Mek ( mother in law) pun ada...  seronoklah nak belanja dia. So lepas ronda bandar Melaka, kami pun balik homestay... nak bersiap ke Umbai... tapi kesian kat Mek... pusing-pusing town tadi pun dia dah penat...walaupun dia masih cuba gagahkan diri.. hakikatnya beliau dah uzur... sekarang ni dia cepat penat... dan mudah nak demam... itu yang kami perasan masa bawa beliau umrah... di hujung umrah tu... nampak sangat keuzurannya... cuma semangat dia ajer yang kuat. Walau kita cuba nak seronokkan dia ... bawa berjalan... belanja makan yang sedap-sedap...haruslah sentiasa ingat kudrat beliau dan makanan-makanan yang dia pantang. Kenalah ikut tempo dia ... bukan tempo kita... sebagai ibu... lumrah nak bahagiakan anak.... walaupun dia kata ok... sebenarnya mungkin cuma hendak memenuhi hasrat kita saja. The truth is... this also applies to tok ki ... :-( 
Apa pun bersyukur Allah masih beri rezeki untuk bersama mereka.


So tak jadilah pergi Umbai.. Mek minta pergi kedai dekat-dekat... itu hint dia nak cepat berehat. Kami makan kat kedai tom yam dekat-dekat homestay jer.


Si Aiz pun penat juga tak sempat masuk bilik dah tertidur...rumah banglow setingkat ni ada 4 bilik dan semuanya beraircond.


this is the master bedroom with a bathroom...


small but clean...


the second room..



little ladies fancy this room but Mek dapat dulu... sape cepat, dialah dapat...hehehe.


The fourth room also has 2 single beds ... with extra tilam somemore.


The next morning... sementara masing-masing sambung tidur...mama and papa keluar cari breakfast..roti canai...nasi lemak.


Aiz bangun pagi terus cakap... wahh sedapnya tidur... hihi ...dia seronoklah tu duduk rumah baru, rumah baru tu adalah term yang dia pakai untuk holiday...


itulah dia Tasik Krubung...



budak-budak ajak pergi playground opposite the house... tapi kita kesuntukkan masa...nak hantar Abg Rizq balik hostel.  Main-main  kat taman  rumah ni je lah.



cantik taman dia...


BBQ malam-malam kat sini best jugak kan...


rajin tuan rumah menanam ... tu Mek dengan papa dok cerita pasal pokok-pokok... Mek banyak pengetahuan pasal kelebihan dan khasiat pokok-pokok... ubat untuk batu karang...kencing manis...darah tinggi.. semua dia tahu... dia bagitahu mama semua nama-nama pokok tu...hai tapi satu apa pun tak boleh nak ingat... rugi... tapi mungkin sebab tak minat..masuk telinga kanan ...keluar telinga kiri...
tu mama rasa, depa dok cerita pasal pokok tunjuk langitlah... tengok jari Mek tu tengah demo..hihi.

We came to know this homestay through Mudah... if interested, just call the owner Puan Ezah at 0193515303.



1 comment:

  1. gembira bila tengok orang yg kita sayang happy kan.. begitulah sebaliknya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...