Labels

Saturday 7 May 2016

Ke JB kita..Tropez Residences under JJ Brights


Cuti sekolah Mac kami ke JB.
Ayah Su pun nak ikut...


Sebab dia kahwin dengan orang Johor.. Kita bagi dia lead the way...hehe.


Keluar pagi...pagi standard bandarlah kan hihi.
Ngam-ngam tengahari kami pun sampai. Kami singgah di Restoran Beriani King di Jalan Skudai.


Kalau pegi Johor, mestilah nak makan nasi beriani, kan fames kat sana.


Tapi saya mengada-ngada pi order nasi bawal goreng set ... lepas tu bila rasa nasi beriani Mr H ...  menyesal pulak... bawal set tu sedap tapi sedap lagi beriani tu huhu. 

Bebudak biasalah , depa tak reti nak makan yang pelik-pelik, end up makan nasi ayam jer.


Seronoklah Aiz ... pegi bercuti ada geng.


Lepas makan terus kita ke Tropez Residences, beberapa kali juga tawaf. Condo dah nampak tapi jalan nak masuk agak berpusing-pusing. Orang yang kahwin dengan orang Johor tu pun kena tawaf juga sekali ... yang tak kahwin dengan orang Johor tawaf sampai 3 kali hahaha.


Condo dua bilik ni saya tempah dari Airbnb. Condo ni milik syarikat Jepun JJ Brights, mereka ada few units condo kat sini. Harganya sangatlah berpatutan. Pada masa saya tempah, harganya cuma RM230 semalam ... lepas bayar Airbnb fee... harganya masih dibawah RM500 untuk 2 malam.



Ayah Su pun ambil same unit from JJ Brights di tingkat atas. 



Ini master bedroom ... ada one king bed.


Ensuite bathroomnya yang teramat seksi... semua glass wall . Alamatnya mandi tak payah kunci pintu bathroom ... sebab kena halau semua orang keluar dan kunci the bedroom.


Tapi best bathroom ni ... Sebab dia buat macam tub... step up the stairs and step down pula kat dalam tu... bolehlah berendam. 


Ini bilik no 2, ada queen bed...dalam closet ada 1 extra single bed ( yang lipat-lipat tu).. tapi tak de pula bedsheet and blanket extra disediakan. 


Ini pula bilik air kedua...


Sofa pun besar ... boleh jer baring kat sini. Lagi syok sambil layan tv.


Kitchen boleh masak-masak... 



Semua lengkap ... tapi kalo cuti kat Malaysia...malaslah sikit nak masak hehe.


Walaupun tak berniat nak masak, tetap bawa sabun taharah .. manalah tahu  kot-kot budak-budak minta maggie.
Maggie ni something istimewa yang cuma dibenarkan makan on special occasions je.




Bila masa mereka pack mainan banyak- banyak untuk bawa sini ..hermmm. Satu rumah depa duk tabur-tabur .. aiseyy.



Bila nampak towel ... terus ajak pegi mandi pool.



Ini kids pool..



Ini Jacuzzi...

 
I all biasalah tak mandi ... tapi seronok melayan perasaan kat sini.



Sebab view kat sini awesome.



Ini eternity pool.. tapi ditutup sebab ada broken glass yg tak dibersih lagi.



Kita nak keluar dinner but before that boleh ler basuh dan keringkan baju mandi .. esok kita nak ke Legoland Waterpark pulak.



Kita dinner kat sini ... 





Masakan Siam tapi tak ada sambal belacan ...

Oklah nanti kita sambung cerita Legoland pulak ye...


2 comments:

  1. Welcome to tanah tumpah negeri ku :)

    Kalau 'ter'singgah Batu Pahat, cer cari Mi Racun &
    kalau 'ter'lalu Muar, jgn lupa try Mi Bandung Muar

    ReplyDelete
  2. Rm230 semalam memang sgt2 berbaloi...cantik kondo nye bersih pulak tu...tapi sayang sebab kite kalau pi johor kene tido kondo mak mentuo...kikiki

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...