Labels

Friday, 30 October 2015

Tips berpakaian ke Pejabat


Tips Pakaian Pejabat Wanita Moden

Bersetuju atau tidak, penampilan yang menyerlah memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan anda di tempat kerja. Penampilan bukan sahaja meningkatkan daya keyakinan si pemakai, malah memberikan tanggapan yang baik dikalangan rakan sekerja. Sejak kebelangakan ini juga, rata-rata syarikat mengamalkan sistem pemakaian kasual atau smart casual untuk para pekerja. Namun, adakah ini bermaksud anda boleh memakai apa jua jenis pakaian yang anda ingini tanpa mengambil kira etika berpakaian ke pejabat? Berikut merupakan beberapa tips koleksi pakaian pejabat wanita moden yang boleh anda jadikan sebagai panduan;

Fahami etika berpakaian

Smart casual atau casual bukan bermakna anda boleh sesuka hati memakai apa jua jenis pakaian yang anda gemari. Anda harus memahami dan mengetahui etika berpakaian ke pejabat. Pertama sekali, jangan pakai pakaian yang terlalu seksi terutama sekali jika anda harus berjumpa dan berkomunikasi dengan ramai orang. Kedua, jangan pakai pakaian yang terlalu ketat atau terlalu longgar sehingga anda sendiri berasa tidak selesa


Pilih Pakaian yang Ringkas

Ringkas bukan bermaksud tidak bergaya. Tetapi, pilih pakaian yang ringkas dan elegan. Sebagai contoh, anda boleh memakai   blouse seperti gambar di atas. Boleh juga dipadankan dengan accessories yang simplle untuk kelihatan lebih elegan.

Jangan Terlalu Menonjol

Anda harus ingat pejabat adalah tempat anda bekerja. Oleh yang demikian, jangan memakai pakaian seperti anda ingin ke shopping mall. Warna-warna terang seperti neon dan orange merupakan diantara dua warna yang harus anda hindari. BIG NO!

eh jangan tukar channel !!

you are on the right page...


meh taruk gambar model ni...familiar tak? hihihi
tapi model ni kena amik gambar duduk sebab tak berapa nak tinggi..

btw sajer nak kongsi dengan uols on koleksi pakaian ke pejabat... asyik tengok post masakan jer...kang boring pulak :-)
ayat-ayat skema kat atas tu ternyata copy and paste  ( with permission). I totally agree with the tips... and furthermore, sekarang ni pakaian muslimah sudah boleh diterima sebagai sebahagian pakaian office...kalau kita berpakaian muslimah, insyaAllah tidak ada isu seksi atau ketat.

Selain daripada itu pakaian juga mempengaruhi mood... kalau hari itu kita pakai baju baru...mood kita biasanya happy dan ceria...kalau tak percaya cubalah...:-) 


Budak-budak ni memang tak bagi can langsung mama berposing ala-ala model gitew...

Apa pun seluar Vietnam ini walaupun sanggaaat selesa...namun tak sesuai dipakai ke pejabat...so kawan-kawan...pilih pakaian yang sesuai ye...

Lepas ni kita nak post cerita Vietnam pulak, but sementara tu kawan-kawan bolehlah browse link koleksi pakaian pejabat wanita kat atas tu ye...happy shopping!

Friday, 23 October 2015

Vanilla Souffle



 Assalamualaikum!
Hi Malinda, Hani, Amanda dan sVs... terima kasih tinggalkan komen yang bagus-bagus,
tengok ni kita bersemangat.. post lagi satu resepi...aiikkk dah macam blog masakan pulak  hihihi



Vanilla Souffle

1 Tspn butter
1 Tspn flour
2 Tspn sugar
120 ml milk
2 eggs
1 tspn vanilla

psst: saya memang suka resepi tak banyak bahan... jimat :-)


First kita sapu butter kat bekas dan tabur gula macam kat gambar tu...


kemudian  panaskan butter, cair jer...cepat-cepat masukkan tepung..kacau sebati


seterusnya masukkan susu suam ( panaskan sekejap dalam microwave).... tapi masa buat ni saya tak beli fresh milk.. fresh milk sangat mahal sekarang kan ( kedekut punya olang hehe).. lepas ada GST semua barang jadik mahal...so kita pakai susu aiz...hehehe... bancuh terus pakai air suam... then masukkan kuning telur dan vanilla...dah sebati tutup api .


Sementara tu kita putar putih telur dengan gula...macam nak buat pavlova. Masukkan seseduk dalam bekas adunan kastard tadi..kaup balik sampai sebati.


then barulah masuk kesemua adunan dalam putih telur ...kaup balik sampai sebati semuanya.


Masukkan dalam bekas remekin yang bersalut gula tadi dan bakar pada suhu 170 darjah ... adunan akan naik dan bila dah  keluarkan dari oven dia akan jatuh balik dengan cepat... so cepat-cepat makan.


Sebelum makan dust dengan icing sugar...bismillah...


Ini Fatma... cepatnya Fatma besar...


Yusuf pun dah besar...rambut curly macam abang Aiz...comel sangat...geram Tok Lang tengok.


Mama Fatma nak makan churros ...dah order siap-siap sebelum raya..
So Raya Haji ari tu mereka sekeluarga datang...usaha juga buatkan...nasib baik bahan-bahan untuk buat churros tak banyak...bahan biasa yang selalu ada kat rumah. Nak buat churros ni pun senang cuma bila fikir nak tekan keluar dari acuan tu...memang agak berpeluh juga hahaha.

So saya jumpa satu lagi resepi churros yang adunan agak lembut... adunan sama seperti churros sebelum ni cuma tambah sebiji telur dan vanilla selepas adunan sebati dan sebatikan sekali lagi. Tapi sebenarnya saya lebih suka churros tanpa telur sebab ia lagi crunchy... 


Saturday, 17 October 2015

Oreo Cheesecake Cookie Dough Bars

Hi Assalamualaikum...
Buat apa tu?
Jom buat Oreo Cheesecake Cookie Dough Bar
Fuhh panjangnya nama kuih ni..letih nak type.Kena bagi shortform ni...OCCDB.

Ini kisah di pagi Raya...si Ayra woke up very early and cannot sleep ..so we made this...


OCCDB ada tiga bahagian
Bahagian paling bawah adalah oreo crust


1 1/2 cawan oreo
Buang cream dan hancurkan oreo tu...saya guna blender. Saya guna
2 paket yg ada 20% extra tu... ahh beli jer 3 paket..saya beli 4 paket sebab ...standby untuk Aiz makan huhu
gambar atas tu daripada 2 paket, yang lebih tu kita pakai untuk bahagian kedua..the cheesecake.


5 sudu besar butter

cairkan butter dalam microwave kejap then masukkan ke oreo crust tadi



gaul then tekan dalam loyang macam gambar tu...
bakar sekejap dalam oven untuk 6-7 minit. Lepas tu keluar dan sejukkan. Sementara sejuk, kita buat bahagian untuk lapisan kedua.





250 gm cream cheese, 1/4 cup sugar, 1 large egg, 1 tspn vanilla extract, 1/4 cup crushed oreo

Putar cream cheese, masukkan gula, masukkan telur, vanilla and lebihan oreo yang dihancurkan kasar.
then masukkan adunan ke atas oreo dalam Loyang. Teruskan dengan bahagian lapisan paling atas..the cookie dough




5 sudu besar butter, 1/3 cup sugar, 3/4 cup all purpose flour, 3/4 cup semi sweet chocolate chips and 1 tspn vanilla.

Macam nak buat chocolate chips cookies, putar butter dan masukkan semua bahan lain.




Penyek-penyek doh tu dan letakan atas cream cheese sampai penuh loyang. Last sekali bakar selama 30-35 minit dengan suhu 170-180 darjah...




Taraa...siap!




Rizq likes this so much... asyik ulang masuk dapur...




Buat apa lagi kalo cuti?
apa lagi...kemas bilik budak...bibik pun give up ...kena tunggu mama cuti jugak..:-(



Sekali sekali.. make over bilik anak bujang


Rizq tak de masa ni..konon nak buat surprise....hehehe



Nasib baik dia suka... :-)

OCCDB 
recap what u need :-

First layer 
11/2 cup oreo
5 Tspn butter

2nd Layer
250 gm Cream cheese
1/4 cup sugar
1/4 cup oreo
1 large egg
1 tspn vanilla

3rd Layer
5 Tspn Butter
3/4 cup flour
3/4 cup semi sweet choc chips
1/3 cup sugar
1 tspn vanilla

selamat mencuba...


Wednesday, 14 October 2015

Biskut dahlia di Aidil Adha

 
I had a flu after coming back from HCM
But malas nak layan, kesian budak-budak 
 nak bagi anak-anak seronok nak raya
I decided nak buat biskut dahlia kegemaran mereka
Raya puasa hari tu tak buat ...kesian pula
 
 
 
this time I managed to sukat the ingredients
 
Biskut Dahlia
 
250 gm butter
135gm icing sugar
300 gm custard flour
100 gm all purpose flour
1 egg yolk
red cherries
 
caranya ...putar butter dengan gula..masukkan telur kuning, tepung kastad dan tepung gandum...kalau adunan  melekat kat tangan...tambah tepung gandum sedikit...dah siap untuk diterap dan hias dengan cherry.
 
 
tinggal banyak ni jer di pagi raya..huhu.


 
 
Juadah di pagi Raya..satay beli earlier dan frozenkan... beli lemang dan masak rendang daging dan ayam... yang paling special tapai pulut hitam mek...
 
 
 
 
Pak Su Mak Su  datang tengahari ..wah Luth dan Nuh pakai jubah...hencem!
 
 
 
Tengahari tu masak juga nasi..takut ada yang nak makan nasi.
masak lauk simple-simple je...
 bibik balik cuti...saya suruh raya kat sini aje... kesianlah kat saya yang kurang sihat kan...nak melayan tamu adik beradik yang nak datang...tapi saya fikir kalau saya tak bagi dia cuti beraya dengan kawan senegara...saya pula yang tak kesian kat dia... so bagilah balik pagi raya tu...huhu
 
Petang tu  Pak Long , Ateh, Uda, Cik Dah, Azrul dan Azlan (cucu mek, anak Pak long) dengan keluarga masing-masing datang jengok mek..by that time..saya dah tak larat nak ambil gambar...hehehe
 
 
Lepas Raya..barulah layan flu..cuti 4 hari tu tak ke mana.
layan kerastangan...
ni konon nak buat alas kaki...
 
 
lepas sebulan baru banyak ni... saya jangka ini boleh siap tahun 2020 nanti...hihihik
 
 
May be I should stick with short term kerastangan... like this one...
 

 
Balut-balut kotak jer...
 
 
 before...
 
 
 
After...
 
 
the trick.. plug dalam kotak
 
 
another kotak...
 
balut 2 kotak...sehari pun boleh siap... :-)

Friday, 9 October 2015

A birthday trip to Toys R Us for Daneen

Assalamualaikum ...
As promised a birthday story...
if we promise...we have to honour kan..


so kalau dah promise a birthday trip to Toys R Us.. tok sah lah nak ganti dengan benda lain ..tak jalan punye...( cubaan dengan  hadiah pink princess castle book...failed!)
Apalah menarik sangat Toy R Us tu... sampai Daneen sanggup tukar dengan  birthday party?

Of course because she's never been there... and she saw them on internet and tv and think of it as heaven I guess hihi...kenapa tak pernah bawak? buat apa nak cari pasal uols...hihik

Last September I was so busy... even until now ( sigh..).
I only had  one free weekend in September.. the Raya weekend...but that was way too late.. she knows the date and can counts the days...so three weeks after the birthday date was not acceptable.

She was asking why cannot have party and only settled when I offered to take her to Toy R Us and choose her own present...( dalam hati berdebar-debar...hehe)




Since Abang Rizq was sick on her birthday...the trip had to be postponed to a week later... so after came back from De Palma...despite sakit perut "cerry berry" tak tau salah makan apa..I braved myself to  honour the promise on the way to send Abang Rizq back to school. We surfed the internet to locate the outlet in Melaka but unfortunately the one that we chose was yet to be opened... hermmm nampaknya postpone lagilah...




pujuk princess ni to have a birthday lunch dulu and of all the restaurants there,  she chose Mc Donald..Yes McD...May be because dah lama tak pegi... not that we ban..more of avoiding. But for special  birthday girl...bolehlah ..once awhile. Bought her this tiny rainbow cake...tiny pun tak habis juga...nasib baik tak beli yang besau..




This was the menu Mr H chose for me... huhu menu orang sakit.




Our 19th anniversary pun celebrate ala kadar je with one piece of durian crepe.. sekali sekala buat adegan geli-geli depan the kids and they went eeuww eeuww sambil buat muka geli...hahaha



the next weekend ..was another attempt to Toys R Us...entah macamana...perasan macam ada Toys R Us kat The Mines... pusing sampai ke top floor and discovered a rooftop clubhouse... but nope ..no Toys R Us there.



Finally ohh finally there is one at 101 Putrajaya... 



mesyuarat ahli sebelum serbuan



the finally smiling girl...


Mr H tried to convince Aiz.. yang dalam raga lambak-lambak tu were better than yang kat shelf...hihihik.



ada I kisah?



boleh acceptlah kalo terpaksa beli toys untuk Aiz juga ...walaupun Daneen yang punya birthday... tapi yang dah besar tu pun sibuk memilih juga???...Omaigad...please save me...huhu
Bila cakap ...yang besar-besar sila pakai duit sendiri...tau pulak sayang duit...terus tak jadi beli... ;-)




Before keluar kedai...they told me their birthday wishes for next year... they wish a Toys R Us trip for their birthday...all of them!..speechless!  

Happy birthday my merdeka girl.. semoga membesar sihat dan bahagia... berkat di dunia dan akhirat... we love you so much!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...