Friday, 30 October 2015

Tips berpakaian ke Pejabat


Tips Pakaian Pejabat Wanita Moden

Bersetuju atau tidak, penampilan yang menyerlah memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan anda di tempat kerja. Penampilan bukan sahaja meningkatkan daya keyakinan si pemakai, malah memberikan tanggapan yang baik dikalangan rakan sekerja. Sejak kebelangakan ini juga, rata-rata syarikat mengamalkan sistem pemakaian kasual atau smart casual untuk para pekerja. Namun, adakah ini bermaksud anda boleh memakai apa jua jenis pakaian yang anda ingini tanpa mengambil kira etika berpakaian ke pejabat? Berikut merupakan beberapa tips koleksi pakaian pejabat wanita moden yang boleh anda jadikan sebagai panduan;

Fahami etika berpakaian

Smart casual atau casual bukan bermakna anda boleh sesuka hati memakai apa jua jenis pakaian yang anda gemari. Anda harus memahami dan mengetahui etika berpakaian ke pejabat. Pertama sekali, jangan pakai pakaian yang terlalu seksi terutama sekali jika anda harus berjumpa dan berkomunikasi dengan ramai orang. Kedua, jangan pakai pakaian yang terlalu ketat atau terlalu longgar sehingga anda sendiri berasa tidak selesa


Pilih Pakaian yang Ringkas

Ringkas bukan bermaksud tidak bergaya. Tetapi, pilih pakaian yang ringkas dan elegan. Sebagai contoh, anda boleh memakai   blouse seperti gambar di atas. Boleh juga dipadankan dengan accessories yang simplle untuk kelihatan lebih elegan.

Jangan Terlalu Menonjol

Anda harus ingat pejabat adalah tempat anda bekerja. Oleh yang demikian, jangan memakai pakaian seperti anda ingin ke shopping mall. Warna-warna terang seperti neon dan orange merupakan diantara dua warna yang harus anda hindari. BIG NO!

eh jangan tukar channel !!

you are on the right page...


meh taruk gambar model ni...familiar tak? hihihi
tapi model ni kena amik gambar duduk sebab tak berapa nak tinggi..

btw sajer nak kongsi dengan uols on koleksi pakaian ke pejabat... asyik tengok post masakan jer...kang boring pulak :-)
ayat-ayat skema kat atas tu ternyata copy and paste  ( with permission). I totally agree with the tips... and furthermore, sekarang ni pakaian muslimah sudah boleh diterima sebagai sebahagian pakaian office...kalau kita berpakaian muslimah, insyaAllah tidak ada isu seksi atau ketat.

Selain daripada itu pakaian juga mempengaruhi mood... kalau hari itu kita pakai baju baru...mood kita biasanya happy dan ceria...kalau tak percaya cubalah...:-) 


Budak-budak ni memang tak bagi can langsung mama berposing ala-ala model gitew...

Apa pun seluar Vietnam ini walaupun sanggaaat selesa...namun tak sesuai dipakai ke pejabat...so kawan-kawan...pilih pakaian yang sesuai ye...

Lepas ni kita nak post cerita Vietnam pulak, but sementara tu kawan-kawan bolehlah browse link koleksi pakaian pejabat wanita kat atas tu ye...happy shopping!

3 comments:

  1. Omg darlinggg hehehheee suar vietnam kiterrr sama corakkk
    beli depan saigon pink kerr? hihihi

    ReplyDelete
  2. Fuhhhh! Nasib kite tak koje duk rumah pakai bikini pon bole...hahaha...tifuuu la kan :p

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...