Labels

Friday 26 July 2013

Chicken Lemon

Saya tak faham ... dah dua kali saya order chicken lemon ... sekali kat hotel... sekali lagi kat chinese restaurant... dua-dua kali tu, budak-budak ni cakap saya masak chicken lemon lagi sedap... kuang kuang kuang.

Saya rasa ini lah yang dikatakan ... penangan air tangan ibu... kekekeh
Mungkinlah tak sesedap mana ... tapi untuk deraang... sedap sangat...



Sebenarnya resepi asal yang saya link hari tu dah digodek-godek menghasilkan chicken lemon yang lebih kena dengan tekak kami anak beranak.... meh saya kongsikan hasil alteration saya;

Chicken Lemon

seekor ayam bahagian isi sahaja ( dada dan tang vontot tu(err tu org panggil apa ye?)
2 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil serbuk lada hitam

( hiriskan isi ayam dan perap dengan sedikit kicap dan lada hitam selama setengah jam)

Tepung goreng serbaguna ( boleh apa jenis pun ... nak pakai tepung tempura pun boleh)
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng

( celup ayam dalam telur dan salutkan tepung serbaguna... goreng dan ketepikan)

1/2 biji lemon
2 1/2 sudu besar gula
1 1/2 sudu besar tepung kastard
minyak untuk menumis
sedikit air untuk bancuh tepung kastad
1 sudu kecil maggi secukup rasa
1 biji cili hijau dan merah
garam secukup rasa

(panaskan minyak, masukkan bancuhan kastad, masukkan gula, cili , bahan perasa dan perahkan lemon)

Bila dah masak kuah tu, curahkan ke atas ayam yang digoreng tadi.

Saya masak chicken lemon ni masa kakak ipar datang bukak puasa last weekend

Meh saya tayang juadah lain...



Courgette with Prawn...

kerabu betik, kerabu sareng, lawa, ikan pari bakar, air asam dan budu..


segala mok neko kuih

cekodok bawang sempoi


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...