Tuesday, 23 July 2013

Semperit Ulat bulu...

Si Daneen la ni ... every weekend jer ajak buat cookies... tak bagi can langsung makcik nak sambung tidur...

Seronok betul derang kalau nak buat cookies... termasuklah si Aiz. Kakak-kakak sibuk tolong ... si Aiz pulak sibuk menghabiskan segala chocolate chips, chocolate rice dan semua yang boleh dia makan sebelum cookies tu dibakar.


Sebenarnya ini semperit susu... tapi sajer tukar nama glamer sikit .. semperit ulat bulu ... heee lalu ke nak makan tu... pasal rupenya seakan ulat bulu tapi ulat bulu ni chomels tau...

Resepi Semperit Ulat Bulu

250 gm Butter
250 gm susu pekat manis
400 gm tepung jagung
100 gm tepung gandum
2 sudu besar susu tepung

Caranya :-

Kacau butter yang lembut bersama susu pekat, bila dah sebati terus campur bahan selebihnya. Seterusnya masukkan ke acuan ... dan hiaslah sesuka hati.



Bila dah masak... si Aiz sibuk memunggahlah pulak cookies tu... untuk dimakan... lepas satu-satu....hiii boleh habis dalam sehari kalau cam gini..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...