Saturday, 21 December 2013

OMG...6D cinema!...Jom Laksa Power


Dari Kota Mahsuri, kita gerak ke Oriental Village
Mama dah habaq... 
Mama tak nak naik cable car tu
No no no!
Hangpa nak naik... pi lah
Mama tunggu kat bawah jer
Ramai geng mama kat bawah ni...hehe


Boleh tunggu sambil tengok-tengok kuda...


Apa? 6D ...
Bolehlah kot.... takat macam legoland 4D tu
Tapi... bila pegi dekat-dekat
Awat depa cakap rides....
Macam roller coaster ka?

Gambar frm google

Pas tu bila masuk ...
Awat kerusi tinggi-tinggi ?
Kaki tak cecah lantai...
Cuakkkk!!

Aiz tak nak duduk.... he could sense...
Ada trick...ada danger weh... 
At last, lepas pujuk.... he agreed to sit with abang Rizq
Not with papa... nor mama..
He trusted his brother more than us... hehe.

Adoiii.... tok ma tok ki nampak cool jer
Mama papa yang jerit-jerit
Tok ma cakap lepas ni tak nak percaya dah
Kata cerita cartoon...hehe
Habis gigil , kaki longlai...
Nampaknya 7 hari 7 malam 
Tok ma tok ki dok citer tu je la... hihihi


Tanya Daneen.... best tak 6D?
Dia cakap best... tapi tak nak dah... hahaha

Nak jadi cerita...
Semua dok melayan pening dan debar lepas tengok 6D
Tak sedar Daneen dah hilang
Aduhhh... yang ni real punya takut
Sekelip mata je dah tak de
Macam orang sasau mama panggil Daneen
Dekat 10 minit juga baru jumpa balik.


Bagi ikan makan... redakan kekalutan.
Daneen cakap dia terikut sorang perempuan
Dia ingat tu mama.


Dah semua orang pun dah tak lalu naik cable car...terus keluar dari oriental village
Masa nak keluar ada budak baya Daneen juga
Melilau-lilau cari seseorang
Rupanya cari ayah dia...
Ayahnya ada jer dalam kedai ...
Dia tak nampak ayah dia..
Kalau dah ramai-ramai... macam tu lah kan.
Herm baiklah balik.


Nak lunch awal lagi... ronda-ronda Tanjung Rhu
Sepanjang jalan pokok rhu berdiri...





















Sungguh menakjubkan permandangan...


Pergi makan laksa power pulak...


Kat sini pun permandangan sangat cantik


Inilah rupe laksa power tu... ada terliur? Hehe


Saya suka rojak pesembur ni.


Hirup cendul dalam mangkuk besi... sangatlah yummy
That was our lunch... masing-masing tak larat nak makan nasi
Masih kekenyangan nasi campur breakfast...hehe.


Balik hotel... lepak-lepak tepi pool.


Precious moment


Dear papa...



We love you ...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...