Sunday, 5 May 2013

Apple Crumble



Mudah dan sedap....

Lepas sembahyang subuh Dhia cakap dia teringin nak makan  apple pie... hiiii... pagi- pagi dah demand macam-macam. Cubalah minta something yang senang nak beli pagi-pagi ni.....

Tapi susah pulak nak kata tidak... bila dia cakap mama tak pernah  buat apple pie untuk dia... tercabar kau...so saya google dan terjumpa resepi apple crumble yang ringkas kat my resipi.... boleh sangatlah nak cuba...apple crumble ganti apple pie, tengok dalam peti ais ada apple ngam-ngam 3 biji... tapi apple merah... hemmm merah pun merahlah.

Jom tengok bahan-bahannya...


Bahan untuk crumble

1 1/2 cawan tepung
1/2 cawan salted butter  ( lebih kurang 110 gm)
1/4 cawan gula

Potong dadu butter sejuk dan campurkan semua bahan, ramas ( errr...) menjadi seperti serbuk roti.

Bahan epal

3 biji epal , kupas kulit dan potong dadu
1/2  cawan gula ( campur gula perang dan putih)
1 Sdt serbuk kayu manis

Gaul semua bahan diatas.


Sesudah itu masukkan bahan epal diikuti oleh crumble ke dalam acuan.


Kemudian bakar  selama 30 minit dalam oven dengan suhu 180'c


Wallaa... sudah siap... lepas masak crumble agak ranap sedikit... just nice for a scope of vanilla ice cream.... sedapppp!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...