Labels

Sunday 12 May 2013

Selamat hari ibu...


Balik dari office khamis lepas, ada kad untuk saya dari Ayra berserta sekuntum ros plastik dalam almari . Mungkin excited nak menyambut hari ibu agaknya sampai teradvance sedikit mengira hari.

Daneen yang juga tidak mahu ketinggalan keesokannya letak colouring work yang dia buat kat sekolah kat dalam almari  itu juga... untuk mama katanya...

Saya kira hari ini saya tidak dapat apa-apa....tetapi....







Rupanya masih ada kejutan buat saya.... dan Dhia rehearsing a song for me one whole night. Sedap sangat lagu ni... tq sayang mama semua... walaupun skadar ucapan dari Rizq,mama amat menghargai semua itu...


Lagu yang mereka nyanyi untuk saya sebaik jaga tidur sangat sedap dan saya tujukan untuk semua ibu, bakal ibu, yang teringin nak jadi ibu tapi masih belum ada rezeki (semuga Allah permudahkan) ...


Buat mama yang saya mampu bagi hadiah seadanya...beg jer besar...barangnya kecik aje



dan buat ma yang saya cuma mampu bagi al fatihah....selamat hari ibu... terima kasih Allah untuk peluang ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...