Labels

Thursday 16 May 2013

Cekodok Pisang Raja Udang



Rezeki datang lagi, dapat sedekah sesikat pisang Raja Udang....
pun tak pernah makan sehayat hidup...
cuma pernah dengar nama aje...
first time juga tengok pisang yang sebenar.



Ada mitos berkaitan pisang ini yang menyebabkan jarang orang memakannya... sementelah itu payah juga untuk menjumpainya. Pisang yang dikaitkan dengan cerita jelmaan dan hantu... dilarang memakannya kerana dikuatiri akan disumpah... kononnya kalau melanggar sumpah akan terkena penyakit sopak.

Tetapi tuan punya pisang menidakkan mitos itu sambil rekemen pisang dibuat cekodok....
sedap katanya, usah dirisau....

Apa lagi, bila dibawa pulang ke rumah... Daneen pun beria suruh masak...nak makan banana ... arakian emaknya bersegeralah nak memenuhi hajat anaknya...

Terus menyiapkan tepung untuk dibancuh... bila buka kulit pisang, rupanya buah belum masak.... ek elah.. buah merah tak semestinya dah masak weii... ingat ini apa... buah rambutan ke?

Terbantut sudah cekodok pisang ... kesian Daneen ... terkulat-kulat menunggu...

Tepung pun dah masuk mangkuk, teruskan ajerlah...cekodok apa-apa jer pun jadilah buat ...tapi hasilnya sedaplah pula...

Ingredients : self raising flour, milk powder, 1/2 tsp salt, sugar, 1 egg, 2 tbsp butter,  water.
Seminggu selepas buat cekodok kosong, barulah dapat buat cokodok pisang Raja Udang ni... barulah mek toq ni dapat makan banana...hehehe. Memang betul cekodok pisang ni sedap seperti yang dikata. Zass licin semua.

 Ingredients cekodok pisang : pisang, self raising flour, multipurpose flour, sugar, salt, water.
Bukan takat buat cekodok.... buat chocolate banana cake lagi....
tapi cisss! tak menjadi ...
Kalau masak tak menjadi... dah lah penat... frustlah pulak... jadi kena letak gambar juga...



Gambar ni sengaja ambil from top view... kalo ambil pandangan sisi...
 nanti confuse pula...
 kek ke dodol pisang nih? harus dielakkan kekeliruan itu...

Sekarang ni kek a.k.a dodol masih lagi bertapa dalam peti ais....
 tunggu cukup haul untuk berpindah ke cik tong.

Untuk pengetahuan ... setakat la ni... kulit kitarang okay lagi... tak betul lah sumpahan penyakit kulit tu...
tapi...
berat badan agak naik sikit.... saya rasa sumpahan kat berat badan lah bukan kulit.... what say u?

1 comment:

  1. Assalamu'alaikum

    Pisang Raja Udang Atau Pisang Kidang Pisang Ini Rasanya Dingin Dan Manis, Saya Pernah Mencobanya......Terima Kasih Untuk Ceritanya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...