Labels

Thursday 3 October 2013

Aktiviti Sekolah, kerutuk Ayam dan Tenggiri Masak Cuka, Butter Cake

Bila dah nak hujung tahun... macam- macam Aktiviti sekolah dijalankan... Aktiviti pejabat pun macam - macam juga... 

Pagi tadi Daneen pergi lawatan taskanya... malam sebelum tidur.. excited bagitahu mama apa pesan cikgu... kena ada kat sekolah pukul 7 pagi... mama dengar terus cuak ... herm Daneen bukan reti nak bangun pagi. 


Tengoklah muka dia yang muncung... asyik cakap mata tak boleh nak buka.... hehehe. 


Malam sabtu lepas Aqila overnight kat sini... Dhia ajak, pasal esoknya ada sambutan hari kanak-kanak kat Sekolah Dhia dan Ayra. Sukalah little ladies , cousinnya datang.... untuk  tambah happy... papa belanja kfc untuk dinner.



Breakfast pagi... bibik goreng mihoon... makan dengan keropok... wajib ada keropok hahaha.


Tiga orang budak yang excited


Boleh tahan banyak gerai


Membeli belah




Kenapa pulak masam mencuka...


Haa... barulah nak senyum sikit...


Aiz tak minta pun... tapi kak Dhia ugut mama ,suruh beli....



Kisar 7 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih,1 inci halia, tumis dan masukkan 3 sekawan. Perap ayam dgn rempah kerutuk utk 20 min , dah naik bau tumisan, masukkan ayam, santan, serai ketuk, asam keping, gula melaka dan garam, last sekali masuk kerisik.


Dua keping ikan tenggiri , potong dadu, salut tepung serbaguna, goreng garing dan ketepikan, tumis 1/2 bawang holland, 3 ulas bwg putih, cili hijau, merahdan tomato, masukkan 3 sudu besar cuka, 1s/b gula, garam, sedikit serbuk kunyit.


250gm butter, 4 biji telur, 2 cwn tepung naik sendiri, 1 cwn gula, 3 s/b susu pekat manis, sedikit esen vanilla. Pukul butter sampai butter cakap adoiii, masukkan telur dan bahan yg lain.

Thats was our lunch and tea break that day.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...